Latihan berkaitan User Guide & HATI Manual Guide

4 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2025, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah menganjurkan latihan berkaitan User Guide & HATI Manual Guide untuk kesemua NADI Negeri Perlis. Latihan ini berlangsung dari 2.45 hingga 5.00 petang bertempat di Dewan MRI HTF.

Pihak NADI telah mendapat pendedahan latihan daripada profesional untuk melaksanakan asas saringan kesihatan di pusat NADI. Aktiviti ini membolehkan NADI menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan asas, termasuk pemeriksaan paras gula, tekanan darah, dan BMI kepada komuniti.

Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran staf NADI dalam bidang kesihatan, malah memperkukuh peranan NADI sebagai pusat komuniti yang menyokong kesejahteraan fizikal dan digital masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali